Assalamualaikum Wr. Wb.---Selamat Datang di masitan70.blogspot.com---SEMOGA BERMANFAAT!!!

Selasa, 25 Juni 2013

Ibu

Arti ibu untukku bukan semata-mata hanya orang yang melahirkan ku ke dunia tetapi sosok seorang ibu adalah orang yang teladan dalam perilakunya,penuh kasih dan sayang,yang pantas tuk dihormati dan dijunjung tinggi kedudukannya. Maka pantaslah sebuah pepatah mengatakan "kasih ibu sepanjang jalan kasih anak sepanjang galah" karena jasa seorang ibu tidak lah dapat dibalas secara penuh oleh sang anak karena besarnya perjuangannya untuk kita . Bahkan sosok ibu bisa menggantikan sosok seorang bapak,sedangkan sosok bapak tidaklah bisa menggantikan seorang ibu yang dapat menyusui anaknya dengan sepenuh hati.

Bahkan kedudukan seseorang yang kini menjadi besar dan terhormat tidak jauh dari peran serta dan doa seorang ibu. Seorang ibu pun rela mempertaruhkan harga dirinya demi anaknya. Penghargaan yang terbesarlah yang patut kita berikan kepada seluruh ibu didunia selamat hari ibu mama.....

PERANAN IBU
Di samping tugasnya sebagai suri rumahtangga, wanita juga mempunyai peranan penting sebagai seorang ibu. Tugas keibuan bukanlah sekadar menjadi Isteri,mengandung, melahirkan serta mengasuh anak, kerana sifat yang sedemikian juga ada pada haiwan. Keibuan ialah mempunyai jiwa  dan perasaan  sebagai ibu yang bersifat penyayang, lemah lembut, tidak mementingkan diri sendiri, kasih terhadap anak-anak, bahkan sanggup berkorban dan bersusah payah melaksanakan kerja-kerja dalam urusan rumahtangga.
Keibuan  juga bererti mengukuhkan kedudukan keluarga yang menjadi asas dalam lingkungan keluarga. Peranan keibuan adalah amat penting kerana ibu adalah di antara orang yang akan mencorak dan membentuk keperibadian anak-anaknya.

Seandainya  ibu tidak memainkan peranan mereka yang sebenar dalam membentuk dan memberikan pendidikan terhadap anak-anak mereka, maka kesannya akan dapat dilihat sama ada di dunia mahupun di akhirat. Amat malanglah ibu-ibu yang sudahlah di dunia mereka bersusah payah memelihara anak-anak mereka itu, di akhirat pula terpaksa dipertanggungjawabkan kerana kelalaian mereka memberikan pendidikan yang sempurna.

Seorang ibu yang beriman sudah tentu tidak suka jika dia hanya menjadi ibu sambilan sebagaimana yang banyak terjadi ketika ini. Kebanyakan ibu yang ada sekarang ini hanya menjadi seorang ibu apabila dia pulang dari tempat kerjanya. Sebahagian besar masanya dihabiskan menjalankan pekerjaannya dengan alasan membantu suami mengumpul wang untuk kebahagian mereka sekeluarga.

Alasan-alasan seumpama ini hanyalah helah untuk melarikan diri daripada tugas keibuan. Seolah-olah mereka menganggap tugas keibuan hanyalah bebanan dan penindasan yang dikenakan terhadap kaum yang tidak mahu lagi melahirkan anak dengan mengamalkan apa yang dinamakan perancang keluarga. Kononnya dikatakan melahirkan anak akan menganggu pekerjaan mereka. Kalaupun mereka inginkan anak, anak-anak itu dijaga dan diberi asuhan di pusat penjagaan anak-anak damit.

Para  ibu perlulah mengetahui, anak-anak sebenarnya  mengharapkan asuhan dan didikan yang sempurna dari seorang ibu. Ibu lebih rapat hubungannya dengan anak-anak daripada seorang bapa. Bagaimanakah asuhan dan didikan yang sempurna dapat diberikan sekiranya ibu-ibu sentiasa sibuk berperanan di luar urusan rumahtangga mereka ?

Para ibu hendaklah juga menyedari bahawa anak-anak merupakan generasi masyarakat akan datang. Kegagalan dan kelalaian para ibu dalam memberikan pendidikan yang sempurna akan menyebabkan masyarakat menjadi porak peranda.

Seorang ibu yang baik ialah ibu yang mengasuh dan mendidik anak-anaknya dengan rasa keghairahan dan harapan untuk menanam dan mempertahankan konsep kehidupan. Bagaimanapun mendidik anak-anak mengerjakan ibadah hendaklah disertai dengan keterangan yang jelas supaya mereka mengetahui serta memahami tujuan sebenar ibadah yang mereka laksanakan.

Adalah menjadi peranan ibu untuk menceritakan kepada anak-anak  mereka tentang kehebatan perjuangan tokoh-tokoh di masa lalu supaya menjadi perangsang kepada mereka untuk dicontohi. Seterusnya para ibu hendaklah sentiasa peka dan mengawasi anak-anak daripada membaca buku, majalah-majalah atau menonton filem-filem yang kurang sihat kerana ini boleh mempengaruhi jiwa dan mengakibatkan gejala yang tidak baik terhadap perkembangan peribadi anak-anak.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar